Khulafa ar-Rasyidin

khulafaur-rasyidin

Khulafa ar-Rasyidin atau Khulafa ar-Rasyidun (jamak kepada Khalifatur Rasyid) berarti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka waris kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w...

Perlantikan mereka dibuat secara syura yaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah. Selepas pemerintahan ini, kerajaan Islam diganti oleh kerajaan Ummaiyyah.

Khulafa ar- Rasydin terdiri daripada empat sahabat:

– Saidina Abu Bakar, 632-634 M
– Saidina Umar Al-Khatab, 634-644 M
– Saidina Uthman Affan, 644-656 M
– Saidina Ali Abi Talib, 656-661 M

Selepas kematian Saidina Ali, pemerintahan jatuh kepada Muawiyah yang mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Kaitan Hassan bin Ali dan Umar bin Abdul Aziz sering dikaitkan dengan Khulafa ar-Rasyidin, Hassan bin Ali Setelah ayahnya, Ali, meletakkan jawatan demi keamanan Muslimin, walaupun pucuk pemerintahan sudah diambil Muawiyah, penyokong Ali telah mengangkat Hassan sebagai khalifah di Iraq tetapi telah digulingkan oleh Muawiyah dalam tahun yang sama. Pilihan ini dirakam sebagai pilihan waris pertama dalam sejarah khalifah kerana tiada persetujuan am diadakan.

Muawiyah kemudian memulakan zaman Ummaiyyah, zaman khalifah warisan yang pertama. Umar bin Abdul Aziz Beliau memang seorang khalifah pada zaman Ummaiyyah da ternyata bukan antara Khulafa ar- Rasydin. Dikenali sebagai Umar ??, beliau juga dikenali sebagai seorang khalifah yang agung kerana menyerupai datuknya, Umar ? (Saidina Umar Al-Khatab) dari segi sikap tegas tetapi adil dan kesentosaan yang dibawa kepad wilayah nya semasa wilayah itu sedang kucar-kacir; punca beliau diangkat untuk memerintah.

Keagungan dan keadilan beliau menyebabkan beliau dikenali dalam sejarah yang disebarkan luas ke mana- mana Islam disebarkan. Hal ini menyebabkan beliau lebih terkenal daripada Hassan bin Ali dan disalah anggap sebagai antara Khulafa ar-Rasyidin. Namun begitu para ulama’ bersepakat dan mengakui mengatakan bahwa beliau adalah mujaddid bagi kurun pertama Hijrah Khalifah Abu Bakar as-Siddiq Untuk rencana lanjut, sila lihat Saidina Abu Bakar Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam.

Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam. Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali antaranya ialah golongan Syiah.

Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaiahkan Saidina Abu Bakar. Antara kejayaan yang diperoleh Saidina Abu Bakar ialah melancarkan kempen untuk menghapuskan golongan Riddah dan nabi palsu dalam siri Peperangan Islam-Riddah, pengumpulan Al Quran, dan berjaya menawan beberapa kawasan milik Empayar Parsi dan Byzantine. Beliau wafat pada tahun 634. Khalifah Umar al-Khatab Untuk rencana lanjut, sila lihat Saidina Umar Al-Khatab Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar merupakan penasihat Saidina Abu Bakar.

Saidina Abu Bakar mencalonkan Saidina Umar sebagai pengganti nya sebelum kematian nya pada tahun 634 masihi. Dengan itu Saidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam. Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur).

Pada tahun638, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut. Saidina Umar banyak melakukan perubahan terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuh kan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk, memberi upah kepada tentera & membuat jadual giliran bertugas, mewujudkan pejabat pos untuk surat menyurat, menyelaras aliran sungai untuk tujuan penanaman dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan.

Semas pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina. Saidina Umar wafa pada tahun 644 selepa dibunuh oleh seorang hamba Parsi yang bernama Abu Lu’lu’ah. Khalifah Uthman Affan Untuk rencana lanjut, sila lihat Saidina Uthman Affan Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khatab dibunuh pada tahun 644.

Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Antara pembaharuan yang dibuat ialah menubuhkan Angkatan Tentera Laut yang diketuai oleh Muawiyah dan membuat dasar terbuka dala hubungan politik & urusa dagangan Semaa pemerintahan nya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam.

Saidina Uthman wafat pada tahun 656 akibat dibunuh oleh pemberontak yang tidak puas hati dengan pemerintahannya. Khalifah Ali bin Abu Talib Untuk rencana lanjut, sila lihat Saidina Ali Abi Talib Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman Affan wafat kerana dibunuh di dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat kemudiannya mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak.

Tetapi selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah. Ketika pemerintahannya telah terjadi dua perang saudara di kalangan umat Islam iaitu Perang Jamal (Perang Unta) antara tentera pimpinan Saidina Ali dengan pengikut Aishah binti Abu Bakar, Zubair ibn Awwam dan Talhah ibn Ubaidillah yang mengakibatkan Zubair dan Talhah terkorban sementara Perang Siffin pula membabitkan penentangan Muawiyah yang ketika itu berpusat di Damsyik.

Dalam peperangan ini, Ammar ibn Yasir terkorban. Penentangan ini berjaya ditamatkan apabila empayar Islam dipecahkan kepada dua. Saidina Ali wafat pada tahun 661 akibat dibunuh ketika beliau hendak bersolat subuh. Garis masa Khulafa al- Rasyidin Dimaklumkan bahawa catatan masa tahun-tahun pemeritahan khalifah tidak berlaku pada hari pertama tahun baru.

Kronologi Khulafa al-Rasyidin 632 M – Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempe menentang Bani Tamim dan Musailimah.

– 633 M — Pengumpulan Al Quran bermula.
– 634 M — Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik.
– 635 M – Penawanan Madain.
– 636 M – Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
– 637 M – Mesir ditawan.
– 638 M – Penawanan Baitulmuqaddis olehtentera Islam.
– 640 M – Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
– 644 M – Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
– 645 M – Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
– 646 M – Kempen menentang Byzantine.
– 647 M – Perang di laut menentang angkatan lautByzantine. Empayar Parsi ditumpaskan.
– 648 M — Pemberonta kan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
– 656 M – Saidin Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
– 657 M – Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
– 659 M – Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
– 661 M – Saidina Ali wafat. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah ..

~ Articel menarik lainnya

Iklan

Kunjungan balik ke blog sobat yang berkomentar sudah barang tentu !!! Terima Kasih

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s